Wednesday, 13 May 2015

BERKONGSI SUAMI (dipetik daripada amiratunnadhirah.blogspot.com)


Seringkali saya ditanya oleh beberapa orang wanita,tentang isu suami ingin berpoligami atau dirinya akan dimadukan dan sebagainya. Dan seringkali juga saya terfikirkan apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka-mereka yang bertanya : menagapa anda sanggup berpoligami ?
Menjawab persoalan rela bermadu,ada beberapa perkara yang sering bermain difikiran saya dalam soal rela bermadu,antaranya ialah :

1. Memahami dan mengetahui bahawa suami ialah ALAT dan bukan MATLAMAT. Yang dimaksudkan dengan alat ialah suami hanyalah wasilah kita mencapai matlamat kita yang utama iaitu Allah. Bagaimana suami dapat membantu kita mendekati Allah. Kebahagiaan yang sebenar bukan terletak pada bahagianya sesebuah rumahtangga kerana kebahagiaan alam rumahtangga hanyalah sementara. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila sepasang suami isteri yang berganding bahu dan berusaha sedaya mampu mereka untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki iaitu di syurga kelak.

2. Memahami dan mengetahui bahawa suami hanyalah PINJAMAN Allah kepada kita. Dan pada bila-bila masa Allah boleh mengambilnya semula. Banyak kes-kes yang kita dengar di dada-dada akhbar sepasang suami isteri yang baru menikah kemalangan dan menemui ajal. Dan banyak lagi kisah-kisah seumpamanya. Adakah dengan kita Berjaya mengahwini lelaki yang kita cintai separuh hati itu boleh menjamin kebahagiaan sehingga ke tua? Bak kata pepatah,Kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari. Boleh jadi seseorang itu walau sudah berpuluh tahun kahwin dan bercucu tetap boleh berpisah apatah lagi kita,apa yang akan jadi sepanjang perkahwinan kita hanya Allah lah yang mengetahui.

3. Ramai yang kita temui tidak sanggup bermadu... punca utama kenapa mereka enggan bermadu adalah kerana pada dasarnya tujuan mereka berkahwin adalah atas dasar cinta semata-mata. Maka apabila suami menyuarakan hasrat untuk berpoligami maka si isteri akan merasakan bahawa suaminya telah mengkhianati cinta mereka. Dan mereka merasakan bahawa diri mereka tidak disayangi lagi oleh si suami. Kerana itu ada yang sampai bercerai berai. Sekiranya tujuan mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta sebaliknya kerana Allah semata-mata,maka mereka tidak akan merasa takut atau resah sekiranya suami mereka ingin berkahwin lagi. Kerana mereka tahu bahawa suami mereka hanyalah sebagai alat dan pinjaman Allah kepada mereka untuk mencapai syurgaNya.

4. Saya kurang bersetuju dengan kata-kata bahawa apabila suami fitrahnya sukakan poligami maka isteri sebaliknya. Tetapi pada pendapat saya yang fitrahnya seorang isteri ialah mempunyai perasaan cemburu,bukannya tidak sukakan poligami. Kerana ramai yang saya lihat sahabat-sahabat saya yang bermadu dan rela bermadu dengan senang hati,sekiranya masih terdapat wanita-wanita seperti mereka ini jadi mana mungkin fitrahnya serang wanita tidak suka dimadu. Tetapi asam garam rumahtangga dan fitrahnya seorang manusia bukan sahaja wanita tetapi juga lelaki untuk mempunyai sifat cemburu. Hanya yang membezakan ialah bagaimana mereka menangani sifat cemburu itu.

5. Bagi saya tidak ada yang peliknya apabila seorang wanita yang masih muda merelakan dirinya dipoligami. Kerana bagi saya mereka faham bahawa agama mesti didahulukan dan diutamakan berbanding perkara yang lainnya termasuk perasaan mereka,kata-kata masyarakat atau budaya nya. Kerana mereka tahu mereka bukanlah manusia yang sempurna. Kerana mereka sayangkan suami merekalah yang menyebabkan mereka merelakan suami mereka berpoligami. Kerana mereka faham tujuan dan matlamat suami mereka ingin berpoligami. Kerana mereka inginkan suami mereka tidak terus bergelumang dengan dosa menatap dan berbicara dengan wanita yang bukan mahram mereka dalam dunia yang semakin rosak ini. Kerana mereka sayangkan suami-suami mereka dan mereka ingin melihat suami-suami mereka merasa gembira dan bahagia dan mereka sanggup berkorban apa sahaja asalkan dapat melihat suami mereka tenang dan tersenyum gembira.
 

Mereka-mereka inilah yang baru benar-benar menyayangi dan mencintai suami mereka. Bukanlah dengan mengepung suami-suami mereka dan tidak membenarkan mereka berpoligami itu tandanya sayang tetapi itulah tanda-tanda orang yang mementingkan diri sendiri. Seorang isteri itu lebih tahu kebaikan-kebaikan suaminya yang dapat dikongsi oleh wanita lain. Bukannya dengan hanya melihat kepada keburukan-keburukan suami mereka dan mengatakan bahawa suami-suami mereka sebenarnya tidak mampu atau tidak layak berpoligami. Bak kata pepatah lagi,buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Melihat kepada kelemahan atau keburukan suami semata-mata untuk mencipta alasan bahawa suami ku sebenarnya tidak layak berpoligami hanyalah akan menumbuhkan bibit-bibit benci di hati kita terhadap suami. Tetapi sebaliknya lihatlah kepada kebaikan-kebaikannya terhadap kita,kasih sayangnya,keprihatinannya,senda guraunya dan lain-lain yang mana apabila kita melihat kepada kebaikan-kebaikan dan keistimewaan suami kita bahkan menambahkan dan menguatkan lagi cinta kita terhadap suami.
Dan ingatlah bahawa ajal,maut,jodoh dan pertemuan dan rezeki setiap seorang itu telah dicatatkan dan telah ditetapkan oleh Allah SWT,maka apakah yang kita khuatiri dan bimbangkan,sedangkan setiap manusia itu ada rezekinya masing-masing. Berimanlah dengan qada dan qadar Allah nescaya anda mampu mengahadapi asam garam rumahtangga dengan mudah. Insya Allah...

Sebagai penutup bicara,ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Dan kita adalah apa yg kita beri dan bukan apa yg kita simpan. Lebih banyak kita memberi lebih banyak ‘simpanan’ kita di akhirat kelak. Remember : sharing is caring... =)

MELATIH HATI

--> Suami dan anak-anak bukan milik peribadi, tetapi merupakan pinjaman dariAllah swt. Bila-bila masa suami boleh sakit; boleh meninggalkan kita,sama ada melalui perceraian atau kematian. Bila-bila masa anak-anak boleh dijemput malaikat Izrael . Tiada yang kekal di dunia ini kecualiAllah swt. <--
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya memandangnya dari jauh. Mungkinkah dia orang yang saya cari-cari itu? Dari raut wajahnya, kelihatan dia bukan Melayu. Saya tunggu sehingga tamat ceramah, lalu saya hampirinya."Assalamualaikum, Balqis? [bukan nama sebenar]," saya menyapanya. Dia tersenyum. Manis. Kami bersalaman. Wanita yang duduk di sebelahnya memandang saya dengan seribu tanda tanya pada wajahnya. "Datang dengan siapa? Suami bawakah?" saya bertanya pada wanita yang pertama kali saya temui itu. "Tak, kami datang bersama," jawabnya."Oh.. dengan kawan," saya senyum pada wanita di sebelahnya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Maria [bukan nama sebenar].

Balqis tersenyum."Sebenarnya saya isteri kedua. Maria isteri pertama," terang Balqis bersahaja. "Oh, sisterlah ya?" saya mengangguk faham.."Ya... sisters," jawab Maria, seolah-olah menyesuaikan diri dengan istilah yang saya gunakan. [Aikk, takkan saya nak gunakan istilah 'madu' yang memberi gambaran negatif pada persepsi orang Melayu?] Wajah wanita-wanita lain yang duduk semeja dengan kami berubah apabila mengetahui status mereka berdua. "Baguslah boleh datang sekali," puji salah seorang. Yang lain hanya memandang, diam.

Saya sebagai pemerhati dan kawan baru kagum dengan keadaan mereka yang kelihatan mesra. Maria berwatakan serius tetapi begitu menjaga kebajikan Balqis yang sedang mengandung. Diusungnya beg ke sana ke mari. Balqis pula bersahaja, dan tidak lokek memberitahu orang ramai akan status mereka berdua; seorang isteri pertama dan seorang isteri kedua yang dihantar ke ceramah oleh suami mereka. Jelas mereka bersikap terbuka dan saling hormat-menghormati.

Dalam keadaan masyarakat kini yang begitu 'self-centred' dan melaungkan 'hak kebebasan wanita', wujud sekumpulan kecil wanita yang berkongsi suami. Bukan merebut suami. Dan beza mereka dengan isteri-isteri lain yang bermadu, adalah keberanian mereka untukmenjelaskan status sendiri tanpa dipaksa. Tanpa rasa segan. Tanpa rasa malu. Tanpa rasa bersalah. Terpulang kepada orang lain untuk menerima atau tidak mereka; bagi mereka perkahwinan masing-masing sudah halal di sisi Allah swt dan suami mereka telah melakukan yang terbaik untuk keluarga masing-masing.Kalau ada orang yang mengata; biarlah. Mereka tetap bahagia.

Mereka menerima hakikat bahawa mereka berkongsi suami; dan masing-masing tetap disayangi dan dicintai suami.. Masing-masing ada keistimewaan yang berjaya menambat hati suami. Tidak perlu cemburu dengan kelebihan isteri lain, kerana sejarah dan perkongsian hidup dengan suami berbeza. Mereka tidak peduli dengan tanggapan negatif masyarakat, dan buktinya mereka boleh berbual mesra bersama. Saya kagum. Tentu suami mereka seorang yang 'hebat'. Saya doakan mereka bahagia dan rumahtangga dirahmatiNya.

Ramai yang melaungkan monogami. Siapa yang tidak suka menjadi satu-satunya permaisuri si suami? Namun hakikatnya, wanita Islam perlu juga melihat dari satu sudut lain, iaitu suami dan anak-anak bukan milik persendirian, bukan untuk seumur hidup. Suami dan anak-anak bukan milik peribadi, tetapi merupakan pinjaman dari Allah swt. Bila-bila masa suami boleh sakit; boleh meninggalkan kita, sama ada melalui perceraian atau kematian. Bila-bila masa anak-anak boleh dijemput malaikat Izrael . Tiada yang kekal di dunia ini kecuali Allah swt. Jikalau terlalu bertaut pada suami dan anak-anak, jangan terkejut jikalau Allah swt berikan ujian begini.

Perkongsian hidup begitu bukanlah satu yang mustahil. Wanita Islam seluruh dunia ada yang mengamalkannya, malah ada yang mencarikan suami isteri baru supaya beban hidup dapat dikongsi bersama. Hanya saya lihat masyarakat Melayu khasnya kurang menerima poligami, walaupun jelas dibenarkan oleh Islam. Keindahan dan kebaikan poligami tertutup kerana yang sering diperkatakan adalah perkara-perkara negatif sahaja. Yang diketahui menjadi isteri pertama, dikatakan isteri tua [sedangkan dia mungkin lebih muda daripada isteri lain], tidak pandai jaga suami,queen-control dan sebagainya. Yang diketahui menjadi isteri kedua pula,dituduh perampas suami orang, perosak rumahtangga dan lain-lain yang mungkin tidak berasas. Suami pula dituduh miang, gatal, dan pelbagai istilah yang tidak baik. Pok-pek-pok- pek siapa kahwin lain menjadi gosip hangat. Pantang silap sikit, sudah tentu hangat diperkatakan orang.

Bagi saya, Allah swt tidak akan turunkan ujian bagi hambaNya tanpa sebab.Hanya mereka yang terpilih sahaja akan diuji iman mereka dengan ujian seberat ini. Hati yang dahulunya lebih cenderung kepada 'self-centredness'kini perlu diubati sebelum parah dengan sifat sabar, rendah diri, dan lebih banyak mendekatiNya. Hati perlu dilatih supaya menjadi lembut, penyayang dan pemaaf. Isteri pertama seperti Maria dilatih Allah swt supaya menjadi penyayang, pemurah, dan banyak bersyukur. Isteri kedua [dan seterusnya] seperti Balqis dilatih supaya bersabar, berani dan bersyukur. Suami pula diberi latihan supaya menjadi seorang yang sabar,bijak, dan adil.. Mereka yang berjaya dalam ujian ini, insyaAllah akan mendapat pahala yang banyak pada akhirat kelak.

Poligami yang diamalkan mengikut ajaran Islam banyak kebaikannya.Ia melatih hati untuk sentiasa bersangka baik pada Allah swt yang menentukan jodoh umatNya .Ia melatih hati untuk bersangka baik pada suami dan isteri lain. Ia melatih hati untuk sentiasa bersyukur apabila suami berlaku adil. Ia menyuburkan perasaan ukhwah dan kasih sayang sesama saudara seagama kerana segala yang terbaik untuknya, adalah juga terbaik untuk saudaranya.

Mustahil dilakukan? Tidakmustahil! Ramai Maria dan Balqis di dunia ini, banyak keluarga yang bahagia mengamalkan poligami, tetapi kita lebih didedahkan dengan kisah keburukan poligami yang tidak dilakukan mengikut syariat Islam. Maklum saja, jualan akhbar dan majalah lebih laris jika berita buruk disensasikan.

Masyarakat juga tidak terkecuali daripada diuji. Allah swt juga memberikan latihan hati tanpa disedari. Mereka yang suka memburuk-burukkan poligami mungkin akan diujiNya nanti dengan sesuatu yang mereka tidak ingini,sebagai satu pengajaran. Nasihat saya, jikalau tidak dapat mengatakan yang baik, lebih baik diam sahaja. Jangan caci dan hina mereka yang amalkan dan jangan cuba memporak-perandakan rumahtangga yang diketahui mengamalkan poligami dengan membawa cerita yang sengaja disensasikan. Ketahuilah bahawa jikalau poligami sesuatu yang memudaratkan untuk wanita Islam, tentu ia telah diharamkan oleh Allah swt.


"dan nescayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu termasuk dalam keteguhan hati"-as-syura: 43..

KEMBALIKAN SEMUA URUSAN KEPADA ALLAH

Bersabarlah duhai hati yang sedang bersedih... saat kecewa, saat hilang upaya, saat berputus asa, saat kehilangan, segalanya tidak menjadi, di khianati oleh insan, di saat rasa tersisih, hilang hala tujuan....
Pujuklah hati berkata “Allah kan ada..” saat air mata mula mengalir dan menitis. Sebutlah, dan sambil tersenyum berkata, “Aku ada Allah..”

Saat diri disisihkan hilang segala kekuatan untuk terus berjalan, pujuklah hati berkata, “Hanya Allah sumber kekuatanku, Allah tidak pernah meninggalkan aku..” Kembalikan Semua Urusan Kepada Allah
Tidak ada satupun yang tidak disaksikan Allah. Tidak ada satupun yang tidak didengar Allah. Tidak ada satupun yang lepas dari Kekuasaan Allah. Tidak ada satupun yang dapat terjadi tanpa izin Allah. Oleh kerana itu, siapapun yang punya keinginan, punya harapan, punya ketakutan.Tapi tidak kembali kepada Allah, maka itulah persoalan terbesar kita.

Apapun yang kita inginkan pasti dalam kekuasaan Allah. Apapun yang kita cemaskan, pasti dalam genggaman Allah. Seharusnya kepada Allah lah kembalinya segala urusan, baik harap mahupun takut.
"Allah, Ya Rahman.. Ya Rahim.. air mata ini tidak akan ku biarkan ianya mengalir dengan sia-sia. Dan sesungguhnya ianya terjadi yakni tercipta oleh-Mu bukan untuk menjadi suatu perkara yang sia-sia. Aku yakin dengan ujian-Mu.."