Poligami adalah jalan dan sunnah yg telah di amalkan oleh baginda saw, majoriti para sahabat & sahabiah, para tabiin dan para ulama.
Anda yg telah berada pd landasan ini bersyukurlah dan berusahalah utk terus berada pd landasannya dgn betul. Ingat sekiranya terlencong, anda adalah org yg paling rugi.
Syariat agama adalah sesuatu yg melawan kepada kehendak nafsu ssorg. Begitu juga dgn poligami. Bukan shj wanita malah lelaki juga ada yg bersangka buruk dgn poligami. Dari yg berilmu hingga yg takde ilmu juga membencinya.
Ingatlah setiap syariat dan ketentuan Allah walau nampak adalah asbab kehancuran, buruk di mata masyarakat tetapi mampu menjadi tempat sebaik2 keharmoniaan dan kebahagiaan.
Ingatlah Ibrahim as pun tempat paling bahagianya adalah tat kala dlm api yg membakarnya, Yunus as dlm perut ikan, hadrat bilal apabila dihempap batu yg besar dan pelbagai kisah lagi. Semuanya menjadi asbab kebahagiaan walaupun sbnrnya ia adalah asbab suatu kehancuran.
Setiap syariat agama termasuk poligami perlukan iman yakin yg betul kpd Allah. Iman akan menolak empunya diri kepada amal. Maka di sini ilmu menjadi tanggung jawab utk dsediakan supaya amal dpt ditunggangi kepada jalan yg betul. Ilmu tanpa iman hanya akan habis di medan perbicaraan dan syarahan. Ramai yg berilmu tp tiada kekuatan utk beramal.
Jadi takperlu kita rasakan org ini suka atau tidak pada poligami, kerna hakikatnya beliau sbnrnya tidak diterima Allah utk amalkan syariatNya. Ingatlah Allah telah menerima rasul2 dan nabi2 dan juga para sahabat pd jln ini...beruntunglah pd mereka yg lalui jalan yg sama. Bukankah dlm solat kita selalu pohon ' tunjukkan aku jln yg lurus, jln yg Allah redha'?... Ulama tafsirkan jln itu adalah jln para rasul, sahabat, ulama ... Mereka yg di terima Allah. Jgn salah anggap sy tak katakan satu jln sahaja
Sy tidak mengatakan monogami tidak baik... Tapi sy hanya menerangkan jalan poligami adalah jln yg terindah buat ummat ini.
Ingatlah dgn poligami, tahap wanita dlm islam lebih dimuliakan. Tanggungjawab mereka pd suami berkurangan, masa mereka dpt digunakan pd agama, amal agama dan berbakti pd agama dan focus pd mendidik dan melahirkan zuriat yg hebat. Bg mereka yg utamakan kerjayanya masa mereka akan lebih byk pd karier mereka bila poligami menjadi pilihannya. Ingatlah tanggungjawab isteri pd suami amatlah besar dlm monogami hingga ada seorng ustazah pernah mengatakan bahawa wanita yg berkarier takkan mampu menyempurnakan amanah sebagai isteri pd suaminya.
Poligami ada janji Allah pd rezeki. Perkara yg ummat pikirkan saban hari dlm bab rezeki, di selesaikan dgn jalan poligami.
Poligami juga menyelesaikan berjuta masalah sosial ummat hari ini. Kita lihat trend masa kini, wanita2 yg bujang dan mempunyai kewangan, mereka akan habiskan masa dgn melancong, bag packing, hiking dan mcm2. Ingatlah wanita yg keluar tanpa mahram atas bukan urusan yg di benarkan syarak adalah berdosa. Hatta utk keluar buat umrah dan haji pun di larang apatah lagi bukan urusan agama.
Ingatlah, islam bukanlah agama yg mengajar kita mementing diri sendiri. Islam mengajar kita menyayangi org lain mcm kita syg diri kita sendiri.
Dlm suatu hadith nabi saw bersabda tak sempurna iman ssorg kamu selagi dia tidak mencintai saudaranya sbgimana dia mencintai dirinya sendiri.
Hari ini kita bangga ada suami dan kluarga tapi kita lupa betapa ramai di luar sana yg jiwanya terseksa dan menderita. Perkahwinan adalah jln ketenteraman dan balance kepada rohani ssorang manusia.
Hari ni tanpa kita perasan post post kita di media menyakiti hati mereka yg bersendiri..
Buat mereka yg dipoligami secara terpaksa, terimalah dan berbesar hatilah kerna anda di pilih oleh Allah secara di paksa. Mulakanlah kehidupan dengan mencari kebahagiaan. Bersama bantu suami dan teman baru anda dlm menuju ke syurga Allah swt.
Buat mereka yg dipilih berpoligami secara baik lagi teratur... Bersyukurlah dan teruskan menjadi role model supaya menjadi asbab kebaikan buat ummat.
Buat wanita/ gadis yg masih berpikir utk menerima poligami atau tidak... Ingatlah setiap syariat Allah yg di amalkan oleh Para Nabi2, Sahabat dan ulama yg hebat adalah suatu tingkatan taqwa yg perlu kita kejari.
Berfikirlah & nilailah dgn iman dan ilmu. Klu di letakkan kehendak nafsu pasti buntu kerna nafsu itu syaitan dan syaitan takkan pernah suka dgn agama.
Para lelaki yg azam utk poligami... Syabas dan usahakanlah dgn iman, ilmu dan amal yg betul. Letakkan agama di hadapan dan pijaklah kehendak nafsu agar tidak lesu.
Utk yg bakal menjadi yg ke3@4, anda beruntung kerna sudah dpt menilai keupayaan suami dgn kluarganya yg ada. Ingatlah hadrat aisyah yg hebat orgnya juga menjadi yg ke-3 buat baginda saw. Kehebatan wanita zaman kehebatan islam adalah rata ratanya berpoligami.
Semoga apa yg tercatat diatas menjadi titik tolak suatu kebahagiaan utk semua.
Sumber: FB tuan Hanafiah Ismail
Thursday, 8 September 2016
Sunday, 4 September 2016
Kontroversi Poligami Ali bin Abi Thalib
Pelajaran 38:
Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh pernah
merancang untuk memadukan Fathimah binti Muhammad
radhiallahu ‘anha, akan tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam melarang beliau. Ini merujuk kepada hadis
berikut:
Al-Miswar bin Makhramah berkata:
Sesungguhnya Ali bin Abu Thalib pernah meminang
puteri Abu Jahal dengan memadukan Fathimah. Lalu
aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berkhutbah di atas mimbar ini mengenai
hal itu, yang pada waktu itu aku sudah baligh.
Baginda bersabda:
Sesungguhnya Fathimah adalah bahagian
daripadaku. Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah
pada agamanya. [Shahih al-Bukhari, no: 2879]
Diriwayatkan juga bahawa Baginda bersabda:
Fathimah adalah bahagian daripada diriku. Sesiapa
yang menjadikannya marah bererti membangkitkan
kemarahanku. [Shahih al-Bukhari, no: 3483]
Peristiwa ini menjadi hujah masyhur di kalangan
pihak yang menolak poligami.
Pelajaran 39:
Marilah kita mengkaji peristiwa ini secara lebih
mendalam.
Langkah pertama ialah dengan merujuk kepada
hadis tersebut secara keseluruhan. Pengajaran penting
terdapat di penghujung hadis di mana Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Dan sesungguhnya aku bukan ingin
mengharamkan sesuatu yang halal, bukan pula
menghalalkan sesuatu yang haram. Akan tetapi
Demi Allah, selamanya tidak akan berkumpul puteri
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan puteri
musuh Allah di satu tempat selama-lamanya. [Shahih
al-Bukhari, no: 2879]
Sayang sekali penghujung hadis ini kerap kali
disembunyikan oleh pihak yang menolak poligami.
Pelajaran 40:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Dan sesungguhnya aku bukan ingin mengharamkan
sesuatu yang halal, bukan pula menghalalkan
sesuatu yang haram."
Ini menunjukkan bahawa apabila baginda melarang
Ali bin Abi Thalib memadukan Fathimah, ia bukan kerana
mengharamkan sesuatu yang halal. Dalam erti kata lain, ia
bukan untuk mengubah hukum poligami, bahkan tiada
kaitan dengan poligami.
Akan tetapi sebab baginda melarang Ali bin Abi
Thalib memadukan Fathimah ialah kerana: Akan tetapi
Demi Allah, selamanya tidak akan berkumpul puteri
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan puteri
musuh Allah di satu tempat selama-lamanya.
Ringkasnya, faktor larangan ialah kerana
berkumpulnya puteri Rasulullah dan puteri musuh Allah
dalam satu tempat.
Faktor larangan bukan kerana poligami.
Pelajaran 41:
Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah
pada agamanya, fitnah yang ditakuti ialah pengaruh
buruk yang mungkin dibawa oleh anak musuh Allah
kepada agama Fathimah. Sekalipun puteri Abu Jahal telah
memeluk Islam, kemungkinan besar baginda mengetahui
apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ketika itu.
Di antara mukjizat Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam adalah baginda – dengan petunjuk wahyu –
dapat mengetahui isi hati seseorang sama ada dia jujur
dalam keimanan atau seorang yang munafik.
Baginda mengetahui siapakah orang munafik pada
zaman baginda, hanya baginda enggan mengambil apaapa
tindakan kerana tidak mahu orang berkata
“Muhammad membunuh para sahabatnya”.
Oleh itu pengetahuan Rasulullah tentang isi hati
puteri Abu Jahal sudah tentu lebih unggul berbanding kita
yang hanya menilai secara luaran dan zahir.
Sumber: 2 0 2
Pelajaran Berkenaan Poligami : Hafiz Firdaus Abdullah
Isteri-Isteri Poligami
Sebagai Isteri pertama..
Jangan asyik fikir ikut Nafsu, asyik fikir negatif saje...tentang Madu kita..
" Mcm manala dia sanggup ambil suami org? Dia pun perempuan, xkan dia x faham Hati dan perasaan perempuan mcm mana? Sampai hati dia.."
Ini, *PEMIKIRAN SEMPIT.* kesannya, hanya buat kita sakit hati sbb asyik mempertikai TAKDIR ALLAH.
Jika kita org yg positif, yakni *ada IMAN*.
Sepatutnya yg kita fikir tentang Madu kita adalah...
Sepatutnya yg kita fikir tentang Madu kita adalah...
"Mesti suami aku ni baik dan special, sbb tu dia sanggup nak jadi isteri, walau pun no 2. Kalau dia pun respect kat suami kita, xkan aku xboleh respect juga. Patutnya aku kene bangga, ada org nak kat suami aku..aku kene bersyukur sgt2 dpt suami yg baik..ada yg sanggup jadi yg ke dua.... masyaallah.... subhanaallah, alhamdulillah Allahuakbar...
"
"
Nampak x, *kita SANGKA Baik ,kita muhasabbah diri. Dan masih mampu memuji ALLAH.*
Jadi automatically, kita akan makin hormat pada suami..makin nak jadi isteri Solehah dan TAAT pada suami...
Sedar x,
Antara HIKMAH, ALLAH hadirkan Madu dlm hidup kita...agar kita sedar ..Betapa suami kita ni istimewa orangnya.... Tidak kah kita mahu Bersyukur?????
Antara HIKMAH, ALLAH hadirkan Madu dlm hidup kita...agar kita sedar ..Betapa suami kita ni istimewa orangnya.... Tidak kah kita mahu Bersyukur?????
INGAT, Nabi pesan. Ahli Neraka yg paling ramai adalah kaum Wanita...dan puncanya kerana mereka di kalangan ISTERI2 yg TIDAK BERSYUKUR dgn Suami mereka.
ALLAHUAKBAR❤❤❤☝
POLIGAMI
Poligami merupakan salah satu syari’at Allah
berdasarkan firman-Nya:
Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan dari perempuan-perempuan: Dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja. [al-Nisa’ 4:03]
Mengimani syari’at Allah, mempelajarinya,
menyukainya dan memberi perhatian kepadanya dituntut
ke atas setiap muslim.
Manakala mengingkarinya, berpaling darinya,
membencinya dan mengabaikannya ditegah ke atas setiap
muslim.
Adab Isteri dalam rumahtangga Poligami
Berikut adalah perkongsian Kak Noraslina Jusin dari pengalamannya melalui rumahtangga poligami :)
________________________________________________________________________
Sahabat-sahabat, sebagaimana perkongsian saya (Noraslina Jusin) sebelum ini tentang poligami, saya ada menyatakan bahawa poligami berjaya kerana setiap individu di dalamnya bergerak sebagai satu pasukan, di mana setiap daripada mereka menginginkan kebahagiaan dan kesejahteraan itu dinikmati bersama-sama bukannya secara perseorangan semata.
Alhamdulillah, dengan teraju utama seorang suami yang bertanggungjawab, memahami dan bijak membaca suasana ( terutama keperluan emosi isteri-isteri ), keharmonian dan kedamaian dalam rumahtangga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dibina seterusnya diperkasa.
Sungguhpun begitu, saya suka untuk memanjangkan satu persoalan penting dalam menjalani kehidupan berpoligami ini iaitu tugas menjaga emosi bukan semata-mata terpikul ke atas bahu suami, akan tetapi ia juga berada dalam senarai tanggungjawab kendiri seorang isteri.
Bagi mencapai tujuan ini, saya bersyukur kerana saya dan madu telah awal-awal lagi dididik dan selalu dinasihati oleh suami yang dikasihi tentang beberapa peraturan atau lebih tepatnya adab, bagaimana seorang isteri dapat menjaga dan mengawal emosinya dari dibakar api cemburu tidak menentu :
1) Elakkan dari bertanya soalan-soalan atau mengeluarkan ucapan berbaur provokasi atau sekadar mahu menyakitkan hati pasangan yang akhirnya akan meyakitkan diri sendiri juga.
Contohnya : "Abang lebih suka makan di rumah sana kan? Ye lah, masakan saya ni sedap manalah..." dan seumpamanya; sedangkan bukankah lebih baik jika inginkan pengiktirafan suami terhadap masakan sendiri atau apa jua kebaikan yang telah dilakukan, ajukan secara berhemah dan membuka hati.
"Macam mana abang, ok tak masakan saya? Kalau ada yang kurang, abang tolong komen ye, in shaa ALLAH, saya akan perbaiki di lain masa." Sambil diiringi dengan senyuman manja... Bukankah lebih berbaloi dan menyejukkan rumahtangga?
Ayat cinta ALLAH ini selalu dibacakan suami buat mengingatkan kami agar berhati-hati dalam melontar pertanyaan dan kata-kata :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَسْأَلُواْ عَنْ أَشْيَاء إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُواْ عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللّهُ عَنْهَا وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Qur'an itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” ( Al Maidah ayat 101, 5:101 )
2) Hormati ‘item-item’ peribadi suami seperti telefon bimbit, laptop/komputer peribadi, emel, mesej dan seumpamanya serta elakkan dari berusaha mencuri-curi lihat, sengaja ‘menggodek-godek’ tatkala peluang terbuka di depan mata dengan niat mahu menyiasat apakah yang telah atau sedang dilakukan oleh suami bersama isteri yang lain. Usaha ini bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna untuk kebaikan iman dan jiwa, bahkan lebih dari itu akan menimbulkan cemburu yang membuak-buak dan prasangka yang bukan-bukan. Akhirnya, hati dan diri sendiri juga yang merana dan kecewa sedangkan di pihak suami, sudah berusaha sebaiknya menjaga.
Bukankah setiap isteri dan keluarga punya hak yang sama, jadi pastinya ada gambar-gambar dan mesej-mesej peribadi yang disimpan di dalam telefon bimbit atau komputer peribadi suami.
Sifirnya mudah : “Jika tangan dan kehendak sendiri tak mampu diselia, usah pula menyalahkan orang lain, andai sakit dan pedih yang singgah dalam jiwa.”
Pada saya, setelah suami mengingatkan tentang ini demi menjaga kemaslahatan semua isteri, adalah ‘berdosa’ bagi seorang isteri jika amanah dan kepercayaan yang diberi dikhianati. Seorang suami berjaya untuk berlaku adil, adalah dengan kerjasama daripada pihak isteri-isterinya juga.
3) Setiap isteri juga pastinya inginkan ‘ me time’ bersama suami; justeru kepada isteri yang bukan dalam waktu gilirannya pada hari tersebut, elakkan dari terlalu kerap menghantar mesej atau melakukan penggilan telefon kecuali atas sesuatu yang benar-benar perlu, seperti memaklumkan tentang kedatangan ahli keluarga atau rakan-rakan ke rumah, meminta izin untuk pergi ke sesuatu tempat, anak sakit dan seumpamanya.
Walaubagaimanapun, tidaklah menjadi satu kesalahan pula di pihak suami yang baik dan bertanggungjawab dari bertanya khabar isteri dan keluarganya yang bukan pada tempoh giliran tersebut. Kerana, sikap ambil berat suami begini, menjadikan isteri dan keluarga sangat dihargai dan disayangi. Lalu, jika suami menghantar mesej dan melakukan panggilan telefon, kepada isteri balaslah sekadarnya tanpa berlebih-lebih demi menjaga masa isteri lain yang sedang bersama-sama suami ketika itu.
4) Dahulukan baik sangka dan berikhtiar menjauhi buruk sangka, baik kepada madu, terlebih lagi kepada suami. Sentiasalah memberi ingatan kepada diri sendiri tentang ayat ALLAH yang menyebut tentang prasangka sebagaimana firman-NYA :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” ( Al Hujurat ayat 12, 49:12 )
Setiap orang bertanggungjawab ke atas pilihannya. Jalan bahagia atau sebaliknya, ia bergantung kepada kecenderungan dan pilihan untuk dirinya sendiri. Jika prasangka bukan-bukan yang lebih menempati jiwa, maka bagaimana cahaya bahagia dapat mengambil bahagian padanya?
Fikirkanlah….
5) Sesuatu yang paling utama yang sering diperingatkan suami adalah tentang cinta kepada suami. Poligami menyediakan ruang bagi wanita untuk mentadbir cinta yang benar kepada manusia lain, iaitu suami dengan menjadikan cinta ALLAH sebagai paksi. Cinta yang berlebihan sehingga menyesakkan suami untuk berlaku adil, berada dalam serba salah seolah sentiasa diperhati dan diadili, bukanlah satu iklim yang sihat untuk sesebuah rumahtangga mencapai harmoni.
Sesungguhnyam tiada yang lebih beerti, melainkan menyintai seorang suami kerana ALLAH dan itu membawa pula kepada bertambahnya keimanan dan ketaqwaan seorang isteri kepada Rabbnya.
Walaupun berkata tentang ini lebih mudah dari melaksana, namun sesuatu yang perlu diinsafi, hidup ini sememangnya adalah perjalanan yang digariskan memiliki dua rasa, ia hadir silih berganti mewarnai kanvas hidup; sebagai ujian keimanan TUHAN ke atas hamba-hambaNYA: manis dan getir, lapang dan sesak, suka dan duka, nikmat dan musibah; serta sabar dan syukur.
Tidak ada seorang pun yang boleh lepas dari dua rasa itu, termasuk juga mereka yang dicintai-Nya. Sejarah nabi-nabi, para rasul, waliyuLlah dan orang-orang soleh yang sering meniti bibir menukilkan bahawa kian agung nikmat, semakin besar pula musibah dan ujiannya.
Memiliki keimanan yang melangit, bukanlah jaminan untuk kita selalu berlimpah dalam mewah dan tertawa. Tetapi, apa yang indah dan mengasyikkan ialah ia menyediakan lembut belaian kasih-Nya dalam apapun derita cabaran yang menimpa.
Akhirnya, tiada ucapan sebaik alhamdulillah, kesyukuran yang setinggi-tingginya ke hadrat ALLAH Subhanahu wa Ta'ala atas naungan rahmat-NYA kepada saya dan keluarga selama ini, sekarang ini dan di masa-masa akan datang; baik ia berupa kesenangan, ketenangan atau juga cabaran dan ujian yang kedua-duanya mendidik saya dan keluarga untuk terus bersyukur dan bersabar.
Bukankah ini merupakan jalan bagi menjadi hamba ALLAH dan umat Muhammad Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam yang ajaib?
Allahuakbar, wa lillahilhamd :))

FRIEND REQUEST
Subscribe to:
Posts (Atom)
